Ticker

6/recent/ticker-posts

Hadiah pagar RM100,000 kini jadi beban hutang, Zarina Anjoulie kesal dituduh kaki kikis

 


PELAKON Zarina Anjoulie tertekan apabila terpaksa menanggung hutang sebanyak RM70,000 selepas bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Ezley menghadiahkan sebuah pagar bernilai RM100,000 kepadanya sebelum ini.


Menurut Zarina, 36, dia terpaksa menanggung baki tertunggak pagar berkenaan disebabkan Khazrul didakwa hanya membayar wang pendahuluan sebanyak RM30,000 kepada kontraktor.


Saya rasa sakit hati sebab saya tidak mahu pun pagar itu tapi bebannya saya kena tanggung. Saya ada saksi yang saya tak nak pagar itu.

Dalam pada itu, Zarina turut meluahkan rasa kecewa apabila dituduh sebagai kaki kikis meskipun pagar mewah berkenaan adalah hadiah daripada Khazrul.


Dia juga berharap tiada lagi yang mengaitkan dirinya dengan Khazrul memandangkan ikatan di antara mereka sudah terlerai.


"Saya harap netizen jangan marah-marah saya dengan menuduh saya kaki kikis. Saya harap orang ramai berhenti cakap macam-macam, saya sedih faasl benda ini.


"Ada orang buat video kata saya kikis dia, saya tak pernah kikis dia. Saya cuma nak teruskan hidup daripada situasi ini. Saya bukan kaki kikis!," jelasnya. Pada 26 Januari lalu, Zarina mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan dengan Khazrul namun tidak lama selepas itu, mereka tiba-tiba mengakhiri hubungan tersebut.


Khazrul menerusi TikTok memberitahu dia bukan lelaki terbaik yang boleh bergelar suami kepada Zarina dan tidak menjelaskan punca sebenar hubungan mereka berakhir dengan perpisahan.


Khazrul dan Zarina dilihat saling berbalas kenyatan di media sosial masing-masing berhubung isu melanda mereka.


sumber: mstar

Post a Comment

0 Comments