Ticker

6/recent/ticker-posts

Peguam beri tempoh 21 hari kepada Ali Puteh serah kunci rumah, buat bayaran RM60,000


 

Siti Norhidayah Mohd Ali, 30, balu kepada Allahyarham Abam Bocey, merasa kecewa kerana adik iparnya, Ali Puteh dan keluarganya tidak mematuhi perintah mahkamah untuk membuat bayaran sebanyak RM60,000.


Dalam satu rakaman video di Instagram, Hidayah meminta agar pihak terbabit segera membuat bayaran sebanyak RM60,000 seperti yang diarahkan oleh mahkamah pada 28 Disember tahun lalu berhubung keputusan rayuan kes saman fitnah.



Peguam Hidayah memberi tempoh selama 21 hari kepada pihak terbabit untuk menyerahkan kunci rumah dan membuat bayaran tersebut.


Dalam rakaman video yang sama, Hidayah turut memaklumkan bahawa hari ini, 10 Februari, genap tiga tahun pemergian Abam.



"Abang, sayang datang rumah kita tapi, korang nilaikan sendiri," katanya.



Hidayah turut kecewa kerana kehadirannya bersama peguam ke rumah milik Allahyarham itu seolah-olah tidak dilayan apabila tidak ada sesiapa pun yang membuka pintu rumah.


"Korang boleh tengok sendiri rumah kami jadi apa. Sedih sangat-sangat. Dayah datang bersama peguam.


"Satu jam Dayah tunggu tiada siapa yang buka pintu rumah. Padahal ada kereta, motosikal arwah dan kasut.


"Sedih sangat-sangat datang dengan perasaan hampa. Datang rumah sendiri tapi tak bagi masuk," tulisnya.




Sementara itu, Ali ketika dihubungi menafikan tiada orang di kediaman Allahyarham seperti dakwaan Hidayah.


"Bohong, kata takda orang. Abang ipar saya juga dapat berbual dengan peguamnya," katanya.


Ali turut mendakwa Hidayah meninggalkan beberapa barang seperti garam kasar, limau dan lain-lain lagi dipercayai untuk upacara ritual tertentu.


"Dah balik tinggal barang? Bezakan apa yang dia cakap dalam video. Hari ini, dia (Hidayah) dan rombongan keluarganya serta peguam datang buat ritual keagamaan di rumah ini (rumah Abam).


"Rumah ni ditabur garam kasar dan limau serta benda-benda. Tujuan datang kata nak berbincang tapi?" katanya menerusi hantaran video.


Ali berkata, dia sudah tidak mahu berselindung lagi dengan perkara itu.


"Hari ini siap dengan bukti. Allah itu adil. Tunjukkan jalan buat saya. Biarlah orang tahu siapa dia," katanya,


Harian Metro sebelum ini juga melaporkan mahkamah menolak rayuan Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarga bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen, Februari lalu yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi RM60,000 kepada Norhidayah kerana memfitnah, dua tahun lalu. - 




sumber: HM Online

Post a Comment

0 Comments