Ticker

6/recent/ticker-posts

Saling Mengutuk Di Instagram, Bekas Tunang Dedah Perangai Toksik Sebenar Zarina Anjoulie

 


Baru-baru ini, bekas tunang pelakon Zarina Anjoulie, Datuk Seri Khazrul Ezley telah membuat pengakuan yang memalukan mengenai mantan kekasihnya di platform TikTok, yang membuatkan netizen tertanya-tanya tentang perselisihan mereka yang berterusan. 


Kedua-dua mereka dilihat berselisih dan mempertahankan diri masing-masing di media sosial. Baru-baru ini, Khazrul telah mendedahkan tindakan Zarina yang dianggapnya sebagai wanita yang toksik dan tidak sopan.


Zarina Anjoulie, bekas tunang Datuk Seri Khazrul Ezley, membalas pendedahan bekas tunangnya itu dengan menyatakan bahawa keluarganya dilayan dengan kasar dan anaknya dimaki dengan perkataan yang tidak sopan. 


Zarina juga menyatakan bahawa jika anaknya diberi gelaran babi dan sial oleh bekas tunangnya sendiri, bagaimana anaknya boleh merasa rapat dengan ibunya. 





Menurut Zarina, anaknya terpaksa tidur bersama neneknya kerana dia sendiri dianggap sebagai ibu yang toksik. 



Sebelum ini, Zarina atau Anju sebelum ini memaklumkan bahawa Khazrul berhutang dengan kontraktor rumah untuk pemasangan pagar rumahnya.


Menurut lelaki itu, dia merasa bersyukur bahwa hubungan pertunangan mereka yang berakhir di tengah jalan membuatnya mengetahui sifat sebenarnya Anju.


"Sungguh bersyukur, selisih malaikat 44 tidak ingin bertemu dengan orang seperti hantu mulut kotor yang jahat. Cari di Google, foto telanjangnya tersebar di mana-mana. Manusia tidak punya sopan santun. Cerminkan diri sebelum membuka aib orang lain," tulis Khazrul.


Khazrul juga meminta Anju untuk menghentikan keluhan di media sosial tentang tragedi putusnya hubungan mereka yang menimpa mereka berdua sebelumnya.



SUMBER :BEAUTIFULNARA

Post a Comment

0 Comments