Sering Dianggap sebagai artis bermasalah dan suka berparti di kelab malam, penyanyi Ismail Izzani enggan bersikap hipokrit dan mengakui segala perbuatan tersebut.
Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Izzani Zainal Nazeri mengakui, sebagai manusia biasa dia tidak akan mampu lari melakukan kesilapan dalam kehidupan.
“Tentang pergi kelab malam (clubbing) atau berparti, kadang-kadang kita semua masih pergi. Saya masih pergi (clubbing).
“Tapi, saya tahu batasnya. Ada benda kita pergi ke sana ada sebab. Kadang-kadang, kawan kita ada di sana. Kadang-kadang juga, sebab nak berseronok.
“Saya pasti orang media pun ada di sana juga (ketawa). Saya tak mahu hipokrit dan mengakui dalam hidup, kita banyak buat silap,” katanya.
Menjadi seorang selebriti popular, lokasi dan dengan siapa keberadaan pasti menjadi buah mulut orang.
“Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Kita tak boleh suruh atau paksa orang sayang kita.
“Bagi saya, siapa yang betul-betul sokong, saya sangat-sangat menghargainya. Haters (orang yang membenci) juga banyak membantu.
“Mereka membuat saya beringat dengan cara yang kasar. Saya tak sentiasa betul dan saya takkan betulkan apa yang salah,” jelasnya.
Terdahulu sekitar hujung tahun lalu, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki mirip Ismail, 23, memeluk seorang wanita seksi di sebuah kelab malam sambil mencium bahagian pipi dan leher dalam keadaan ghairah.
Sumber: KOSMO
0 Comments