Ticker

6/recent/ticker-posts

Tolak Permintaan Bayaran Secara Ansuran Dari Ali, Netizen Pesan Jangan Main - Main Dengan Ex Akauntan

 


SITI Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah tidak bersetuju menerima bayaran saman secara ansuran daripada pelawak Ali Puteh. 

Balu Allahyarham Abam Bocey itu menggesa Ali membayar RM60,000 kepadanya seperti yang ditetapkan mahkamah sebelum ini dalam kadar segera.

“Saya tidak bersetuju dengan bayaran secara ansuran kerana perkara ini sudah diberi tempoh masa yang agak lama serta peguam saya juga memberi notis selama 21 hari untuk memberi kerjasama, tetapi pihak sana (Ali) tidak memberi sebarang jawapan.

“Dengan ini, saya menegaskan untuk pihak sana segerakan bayaran tanpa sebarang ansuran kerana saya tidak mahu ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku agar tidak ada perkara berbangkit kerana hal ini adalah perintah mahkamah yang jelas.

“Saya juga ingin fokus dengan kehidupan saya dan Hamzah (anak) serta bisnes saya.

“Jadi, saya minta permudahkan urusan saya dan bayar dalam kadar segera kerana saya telah beri ruang dan tempoh masa yang agak lama sebelum ini.



Sebelum ini,Allahyarham meminta isterinya Hidayah yang juga seorang akauntan untuk berhenti kerja demi menjaga sepenuhnya anak lelaki mereka. 





Menjengah ke ruangan komen rata rata netizen memberi sokongan kepada Hidayah dan jangan main main dengan wanita itu kerana pernah bekerja sebagai akauntan. 


Apapun kita harapkan kemelut ini akan berakhir dengan baik. 

 

Post a Comment

0 Comments