Umum mengetahui, influencer terkenal, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli mengakui sedang menjalin hubungan istimewa dengan penyanyi, Shila Amzah.
Menerusi sesi live di Instagram, Shila meminta peminat mendoakan yang baik-baik terutama karier seninya. Ujarnya lagi, sekarang bukan masa sesuai bercerita soal kahwin.
Menurut Shila lagi, dia mahu mempunyai simpanan sebelum mendirikan rumah tangga sekali lagi serta memberi fokus pada anak tunggalnya, Seth Uwais.
“Saya masih muda. Berhenti tanya saya bila akan berkahwin lagi. Saya mahu bekerja, cari duit. Saya kena ada simpanan sendiri sebelum berkahwin. Sekurang-kurangnya tunggu sehingga Seth pandai bercakap,” katanya.
Dalam pada itu, Shila sempat berseloroh jika mereka mahu ke fasa lebih serius, perlu menunggu sehingga pendakap gigi dipakai Ubai dibuka.
“Lagipun braces Ubai pun lagi tiga tahun baru boleh buka. Jadi jangan bahas tentang pernikahan. Saya juga mahu membahagiakan diri sendiri terlebih dahulu sebelum membahagiakan hati orang lain,” katanya.
sumber: kosmo
0 Comments