Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila pelawak terkenal, Ali Puteh membuat satu siaran langsung dari media sosialnya mendakwa dia telah menemui beberapa objek pelik berupa taburan garam kasar, kulit limau, daun yang dah dicarik serta bangkai mengkarung di sekeliling rumah selepas kakak iparnya, Hidayah, pulang.
Terkejut dengan penemuan itu, Ali Puteh kelihatan mengucap panjang dan bertanyakan apakah motif sebenar si penabur itu membuat amalan khurafat.
Dalam video itu juga, pelawak itu turut memberi amaran bahawa dia sama sekali tak takut dengan barang-barang yang ditabur itu meskipun dia harus mati.
Untuk makluman, sebelum kejadian Hidayah yang juga merupakan balu kepada arwah Abam Bocey telah pergi ke rumah peninggalan suaminya itu bersama dengan keluarga dan peguamnya.
Namun kedatangannya itu tidak disambut penghuni rumah.
Walaupun begitu, video tersebut telah dipadamkan oleh Ali Puteh selepas beberapa ketika dimuat naik ke laman sosial miliknya.
Bingung dengan perbuatan itu, netizen tertanya-tanya apa motif sebenar Ali Puteh memuat naik video itu, adakah dakwaannya itu betul atau hanya sekadar dibuat-buat?
Selepas disindir dan ditertawakan ramai netizen, Ali Puteh telah memuat naik satu hantaran baru bagi menjawab kritikan netizen yang menganggap taburan garam limau dan bangkai yang dijumpainya itu sebagai mainan.
"Handal dengan ilmu Allah berikan untuk bantu orang. Bukan handal dengan ilmu untuk aniaya orang."
Tambahnya lagi, orang ramai tak akan faham selagi tak kena pada diri mereka sendiri. Pelawak terkenal ini turut meninggalkan pesan kepada ‘penabur barang’ bahawa dia dah pulangkan ‘pemberian’ tersebut.
Kredit: Instagram Syed Ali via OhMedia
0 Comments