Ticker

6/recent/ticker-posts

Zarina Anjoulie Dan Bekas Tunang Akhirnya Dah Berbaik, Saling Minta Maaf

 


Akhirnya kemelut yang melanda pasangan Zarina Anjoulie dan Datuk Seri Khazrul Elzey sudahpun menemui titik terakhir apabila Khazrul memuat naik permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga Anju.


Dipetik dari satu video di Tiktoknya, Khazrul memohon maaf dan mengharapkan pertelingkahan di antara mereka berakhir. 


Saya mohon maaf kepada keluarga Anju  khususnya daddy dan mommy. Saya berharap masalah antara kami telah pun selesai pada hari Jumaat yang barakah.

Kepada Anju, saya mohon (maaf) kerana terkhilaf. Saya manusia yang tidak sempurna. Anju, semoga berjaya dan jangan lupa saya hutang awak Starbucks.



Menjengah di Tiktok Anju pula, Anju dilihat menerima permohonan maaf dari Khazrul dengan hati yang terbuka dan turut sama memohon maaf.


 Nampaknya kedua mereka akhirnya berdamai dan mana yang keruh sebelum ini kembali dijernihkan. 



Kredit: Tiktok Anju

Post a Comment

0 Comments