Ticker

6/recent/ticker-posts

“Jangan Salahkan Penyondol Saja, Suami Pun Sama” – Che Ta

 


Pelakon Rozita Che Wan menyelar dengan sikap segelintir isteri yang hanya meletakkan kesalahan terhadap penyondol’ apabila berlaku masalah curang dalam rumah tangga.

Memetik dari Kosmo, Che Ta berkata suami juga harus dipersalahkan dalam hal tersebut kerana jika bertepuk sebelah tangan perkara itu tidak akan terjadi.


“Saya tidak suka apabila lelaki ada hubungan dengan wanita lain, si isteri pula salahkan perempuan itu.


“Dalam hal ini, kedua-duanya salah. Suami mereka tidaklah baik sangat tetapi kenapa perlu terlalu marah kepada wanita tersebut?” katanya.

Dalam pada itu, Che Ta berkata dia tidak akan berkompromi jika Zain Saidin mempunyai hubungan dengan wanita lain kerana suaminya akan disalahkan terlebih dahulu.



“Kalau suami saya ada hubungan, saya tumbuk muka dia, bukannya tarik tudung perempuan itu. Suami yang gatal sebab jika kedua-duanya tidak sama naik, hubungan tersebut tidak akan menjadi.


“Jadi, kalau suami saya diganggu, saya akan marah Zain semula, bukannya naik hantu dengan perempuan itu,” katanya.


Sementara itu, pelakon berusia 50 tahun itu tidak bersetuju dengan tindakan isteri berkongsikan aib suami di media sosial kerana ia sekaligus membuka pekung sendiri.


“Saya tidak bersetuju tentang aibkan suami dalam media sosial. Ibaratnya, tepuk air dalam dulang tetapi akhirnya tepercik pada muka sendiri. Lebih baik diam. Saya tabik dengan cara Mizz Nina, terus ke pejabat agama,” katanya.


sumber: KOSMO

Post a Comment

0 Comments