PELAJAR cemerlang 11A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru baru ini. Muhammad Syahril Saidi, meneruskan bakti terakhir terhadap ‘syurganya’ dengan menjadi Imam bagi solat jenazah ibunya.
Ibu Syahril iaitu Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, meninggal dunia pada jam 8.20 malam tadi akibat menderita angin ahmar sejak tahun 2019.
Jenazah Tuan Faridah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lati, Kelantan, pada jam 11.30 pagi tadi.
“Ya Allah, ampunkanlah ibuku, dan jumpakan kami di syurgaMu”, doa adik Syahril yang menjadi imam untuk solat jenazah ibunya, tulis Mohd Syahir menerusi Facebooknya.
Muhammad Syahril merupakan anak bongsu daripada enam beradik bagaimanapun reda dengan pemergian ibunya selepas tiga hari memperoleh keputusan cemerlang 11A SPM.
“Tak apa, saya reda,” katanya ketika menerima ucapan takziah daripada Ahli Parlimen Bachok itu.
Sementara itu, nenek saudara remaja itu, Zainab Otman, 58, berkata, Muhammad Syahril berada dalam keadaan tenang walaupun bersedih dengan pemergian ibu tersayang.
“Mereka yatim piatu sememangnya anak yang baik dan bergilir-gilir menjaga ibu mereka yang sakit.
“Mereka sudah menjalankan tanggungjawab sebagai anak dengan amat sempurna,” katanya.
Zainab berkata, arwah bapa Muhammad Syahril sudah lama meninggal dunia lebih 11 tahun lalu ketika pelajar itu berada di darjah satu.
“Mereka tinggal menyewa di rumah sekarang selepas rumah kayu asal di kampung yang sama, sudah usang,” katanya.
Kisah pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman, Beris Lalang itu mendapat perhatian apabila Muhammad Syahril tidak hadir untuk menerima keputusan SPM di sekolah kerana menjaga ibunya Tuan Faridah namun berjaya memperoleh keputusan semua A dalam SPM yang diumumkan baru baru ini.
0 Comments