Ticker

6/recent/ticker-posts

“Muka dah biru, dia tak lepas mencekik” - CCTV asyik ‘on-off’, saksi kes abang cekik adik buka cerita di lokasi kejadian

 

Sayu dan sungguh menyebakkan, itulah 2 perkataan yang terlintas di kepala saat mengetahui berita tentang seorang remaja berusia 14 tahun bertindak mencekik adiknya dalam satu kejadian di rumah mereka di Bukit Piatu, Melaka semalam.

Meskipun jiran mereka segera masuk ke rumah, namun si adik berumur 9 tahun didapati sudah kebiruan.

Menurut kronologi asal, budak darjah 3 itu tidak bersekolah pada hari tersebut kerana mempunyai masalah mata. Si ibu yang bertugas sebagai jururawat memantau keadaan menerusi CCTV di telefon bimbit dan tiba-tiba melihat si abang mencekik adik sendiri. 

Saat itulah dia meminta bantuan jiran untuk meleraikan 2 beradik itu namun semuanya sudah terlambat. Difahamkan, Najli Yakob dan isteri sedang keluar bekerja saat insiden berlaku.


Menurut Najli Yakob bersama perkongsian dengan Malaysia Gazette, anak sulungnya itu banyak kali mengadu dirinya menjadi target penganiayaan senior di asrama termasuklah dikasari dan dicekik setiap hari. 

Apa yang dikesalkan Encik Najli, awalnya dia tidak ambil serius tentang luahan tersebut kerana beranggapan ragging adalah budaya biasa di asrama. Maka dia cuma berpesan agar remaja itu terus kentalkan jiwa.

Melihat impak ragging itu semakin teruk termasuklan kesan kecederaan, selaku ibu bapa mereka ada mengadukan masalah tersebut ke pengetahuan pihak sekolah dan membuat laporan polis. 

Malangnya tiada tindakan susulan diambil kepada pelajar senior yang terlibat. Rawatan bersama seorang ustaz juga pernah dibuat dan keadaan di abang sebenarnya semakin positif. Namun apa yang terjadi kali ini benar-benar mengejutkan.


Post a Comment

0 Comments