Baru-baru ini perkahwinan daripada satu pasangan ini telah mendapat perhatian rakyat Malaysia kerana personaliti mereka.
Namun begitu, kemanisan perkahwinan pasangan bekas mak nyah dan pengkid ini bertahan hanya 2 minggu apabila mereka kini sudah bercerai.
Adam atau lebih mesra dengan panggilan Danny menyatakan bahawa dia sudah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan rumah tangganya.
Terkilan dan sedih dengan apa yang menimpa, Danny menjelaskan wanita itu tetap mahu berpisah. Jelas pemilik salon itu lagi, isterinya juga sudah lama tidak pulang ke rumah sejak 24 Julai lepas.
“Usaha saya dah terlalu maksimum jadi bagi cukuplah dengan perkahwinan ini. Apa yang dia inginkan jadi saya beri apa kemahuan dia. Dia mahu saya lepaskan dia, jadi saya lepaskan,”katanya kepada mStar Online.
Sepanjang tempoh seminggu pertama selepas menjadi suami isteri, dia rasakan kebahagiaan itu adalah sandiwara.
Walaupun hubungan mereka dianggap agak ‘tegang’, Danny akui ada detik indah ketika mereka pergi berbulan madu di Pulau Perhentian.
Bagaimanapun, dia akan terima seandainya mereka berdua masih ada jodoh dan boleh kembali bersama, namun buat masa sekarang ini, Danny akui bahawa dia sedang tertekan.
sumber: mstar online
0 Comments