Ticker

6/recent/ticker-posts

“Bismillah, Segala Titik Peluh Yang Dibina Dari Awal Bersama Suami, Telah Dipindahkan Kepada Aisyah 100%” – Aisyah Hijanah

 


Beberapa bulan yang lepas telah tular mengenai hubungan suami isteri Influencer terkenal, Aisyah Hijanah serta suaminya Alif Teega yang kini sudah berkahwin buat kali kedua bersama seorang Staf Hijanah bernama Fatin.


Hari ini, Aisyah Hijanah telah memuat naik kenyataan berkenaan dengan harta miliknya bersama suami terhadap Syarikat Hijanah telah dipindahkan kepadanya 100%.

“Bismillah, segala titik peluh yang dibina from Scratch bersama suami, telah dipindahkan kepada Aisyah 100%…” – Aisyah Hijanah

"Lindungi hak dan usaha anda. Catat semua aset bersama dan buat satu perjanjian khas. Kalau mampu lantik peguam, silakan.


"Pada awal mungkin kita akan blur, tapi bila kita cuba bertenang dan berdamai dengan takdir, kita akan dapat jalan. Jangan mengalah terlalu awal," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada petang Isnin.


Dalam perkongsian tersebut, Aisyah juga menasihati wanita yang hidup berpoligami tidak terburu-buru membuat keputusan meminta cerai sebaliknya tenang mencari penyelesaian berdepan konflik rumah tangga itu.


Ramai rakan selebriti serta Influencer mengatakan bahawa jualan Hijanah angkat meningkat selepas ini, dan ramai juga yang menyokong tindakan Aisyah yang telah memindahkan segala hartanya bersama suami kepadanya. Ada juga yang mengatakan bahawa Aisyah memang seorang yang berfikiran jauh.



Menurut Aisyah, dia bukanlah seorang isteri mata duitan, namun tindakan itu bagi memastikan kehidupannya bersama anak-anak terjamin.


Malah Aisyah juga berterima kasih kepada Alif kerana memberikan kerjasama baik dan menyerahkan hak yang sepatutnya kepada dia serta anak-anak.


"Bukan bermakna kita tamak atau gila harta, tetapi nak selamat dan jaminan untuk diri serta anak-anak. Sentiasa minta Allah beri petunjuk dan cari jalan yang terbaik.


"Anda perlu mengawal emosi anda dan bertenang kalau tidak akan merosakkan segalanya," ujarnya.


Post a Comment

0 Comments