Ticker

6/recent/ticker-posts

Guru Mengadu Kes Kelucahan Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Semakin Parah

 


Lagi kes kelucahan dalam kalangan murid sekolah rendah dilaporkan dan kali ini aduan diterima oleh penceramah motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi daripada seorang guru.


Akhi yang aktif bercakap soal pendidikan seksual di kalangan pelajar ini berkongsi perkara itu di Facebook apabila ada satu lukisan yang dilukis seorang pelajar sekolah berunsur lucah. Lebih membimbangkan apabila kes seperti ini banyak melibatkan murid sekolah rendah.

Dalam perkongsian kali ini, Akhi banyak melontarkan persoalan di manakan silapnya sehinggakan budak-budak boleh tahu dan bersikap lucah.

Pandai bagi handphone, pandailah didik mereka!

Please parents, tolonglah jaga, didik dan pantau anak tu! Pandai bagi handphone, pandailah didik mereka. Jangan biarkan anak kamu merosakkan anak-anak yang lain pula di sekolah.

Kadang kita fikir kenapalah anak-anak seawal sekolah rendah boleh jadi begini sampai kita terlupa betapa ramai orang dewasa yang menjadikan benda lucah ni satu kebiasaannya.





Apa yang ditekankan Akhi kali ini lebih kepada sikap ibu bapa yang mengambil sikap sambil lewa dalam mendidik anak-anak.



Dalam pada itu, Akhir turut meminta ibu bapa tidak menyalahkan dan mengharapkan guru di sekolah untuk mendidik anak-anak sepenuhnya. Ini kerana pendidikan bermula dari rumah dan ibu bapa juga perlu mendidik diri sendiri dahulu.





sumber: Cari Forum

Post a Comment

0 Comments