Ticker

6/recent/ticker-posts

"Dia ni memang ada masalah iri hati dengan kakak dia"- Dituduh dengki dengan Shila, Syada Amzah bersuara..

 


Meskipun ada konflik dengan kakaknya sebelum ini, penyanyi Syada Amzah bagaimanapun tiada perasaan iri hati terhadap Shila Amzah seperti dituduh ramai orang.

Menerusi Instagram, Syada ada membalas komen seorang individu yang membuat tuduhan bahawa dia merupakan seorang yang keras hati dan cemburu dengan Shila Amzah.

Demi Allah tak ada secebis pun rasa iri hati pada kakak saya mengenai apa-apa hanya masa yang ibu dan ayah korban luangkan untuk dia dan tinggalkan saya dan adik beradik lain masih bersekolah.

Tambah Syada, bukan perasaan cemburu sebaliknya dia berasa bangga mempunyai kakak yang hebat seperti Shila Amzah.



Sebelum ini, video mempamerkan Syada menyanyikan beberapa buah lagu penyanyi lain meraih perhatian dan ramai membandingkannya dengan Shila.


Sejak berlaku konflik di antara mereka, ramai mengkritik dan meninggalkan komen tentang hal tersebut di Instagram serta TikTok Syada.



Sumber: beautifulnara

Post a Comment

0 Comments