Ticker

6/recent/ticker-posts

“Buktikan Betul Atau Tidak Saya Berada Di Rumah” - Ali Puteh Minta 'Jiran' Bagi Bukti Jelas Tuduh Dia Ada Dirumah Ketika Hidayah Datang

 


Baru-baru ini, seseorang yang dikatakan sebagai jiran dan tinggal berdekatan dengan rumah arwah Abam Bocey mendedahkan bahawa pelawak Ali Puteh sebenarnya berada di dalam rumah ketika kakak iparnya, Norhidayah, datang ke rumah tersebut.


Namun, Ali atau nama sebenarnya Syed Mubarak Ali, 33, membantah dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa ia hanyalah satu fitnah semata-mata terhadap dirinya.


Menerusi laporan dari Gempak,  Ali juga meminta individu tersebut untuk mengemukakan bukti yang jelas jika benar-benar dia ada di dalam rumah pada masa tersebut.

“Fitnah makin besar dan makin besar sekarang.


“Saya minta jiran yang kononnya jiran saya itu tampil ke depan dan pastikan betul atau tidak saya berada di rumah,” katanya ketika dihubungi Gempak.


Dalam masa sama, Ali turut memaklumkan bahawa dia tidak pun menetap di rumah berkenaan.


“Saya tidak duduk di situ dan tiada di situ. Macam mana jiran kata saya ada di situ?


“Kalau betul tampil ke depan. Orang kalau betul tak pakai fake account untuk beri komen,” tambahnya.


Terdahulu, satu tangkap layar tersebar di laman sosial apabila seorang individu mengaku jiran kepada arwah Abam Bocey mendakwa Ali Puteh berada di dalam rumah ketika balu Abam, Norhidayah datang ke rumah tersebut.


Untuk rekod, Sebelum ini, Norhidayah Mohd Ali, isteri kepada arwah Abam, mengunjungi rumah tempat dia dan Allahyarham Abam pernah tinggal di Gombak setelah tiga tahun pemergian pelawak tersebut.


Namun, menurut Hidayah, kunjungannya ke rumah tersebut hampa kerana pintu tidak dibuka meskipun beberapa kali memberikan salam.


Sumber : GEMPAK

Post a Comment

0 Comments