Ticker

6/recent/ticker-posts

"Nampak steady je semua" , Adik Beradik Ira Kazar Dilihat ‘Seronok’ Berjalan Di ‘Mall’

 


Seperti yang kita sedia maklum, dunia hiburan tempatan kecoh tidak beberapa lama dulu selepas pengakuan Syamsul Yusof yang mengaku dia sah berkahwin dengan Ira Kazar.


Kes ini mendapat liputan yang hangat dari media semasa dan juga netizen.


Sudah menjadi lumrah, bila bergelar orang terkenal/public figure apa saja yang dibuat pasti akan menjadi perhatian netizen.


Berbalik kepada kontroversi Ira Kazar dan madunya.Bukan saja tindak tanduk dia mendapat perhatian namun setiap tingkah laku dan aktiviti yang ditunjukkan oleh ahli keluarga terutamanya kakak-kakaknya akan mencuri perhatian netizen.


Memetik artikel dari beautifulnara, kakak Ira Kazar yang bernama Yasmin serta bapa mereka, Kazar telah melanggar perintah injuksi yang dikeluarkan pada Julai, tahun lepas.


Berita mengenai Puteri Sarah memulakan prosiding menghina mahkamah telah menjadi tumpuan media sosial semalam.


Melalui akaun Instagram, adik-beradik Ira termasuk Yasmin kelihatan tidak terjejas dengan keputusan mahkamah yang diambil terhadap mereka.


Yasmin telah berkongsi kisah yang memaparkan mereka keluar berjalan-jalan di pusat membeli-belah dan

@penmerahdotcom Happening jugak adik beradik Ira Kazar #fypシ #penmerah ♬ original sound - PenMerahDotCom

ini pastinya menarik perhatian netizen.


Terdahulu, perintah injuksi telah dikeluarkan oleh mahkamah kepada keluarga ini berhubung dengan tuntutan saman difailkan oleh Puteri Sarah terhadap Ira Kazar yang telah mengganggu ketenteraman rumah tangganya.





SUMBER : BEAUTIFULNARA

Post a Comment

0 Comments