Umum mengetahui pergolakan yang melanda rumahtangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusuf. Malah bapa mertua, Yusuf Haslam juga menyatakan kekesalan dengan sikap anaknya yang berkahwin dengan Ira Kazar tanpa pengetahuan keluarga.
Namun, hari ini Puteri Sarah Liyana mendedahkan perbualan di antara abang Ira Kazar, Naem Kazar dengan seseorang di laman sosial instagram.
Kau Ingat Dia Kaya Ke?
Dari perbualan di dalam instagram tersebut, Naem menyatakan seolah Puteri Sarah Liyana tidak mempunyai duit dan mengatakan Dato Yusuf Haslam membayar peguam bagi pihak Puteri Sarah Liyana.
Di paparan skrin itu juga, Puteri Sarah dilihat terkejut dengan perbualan Naem dan individu tersebut.
Menerusi laman instagram Puteri Sarah juga, beliau kini sedang bercuti ke Dubai bersama anak anak, Syaikhul dan Sumayyah
Apappun, kita doakan semoga apa yang terjadi ini dapat diselesaikan dengan baik dan dipermudahkan.
0 Comments