Ticker

6/recent/ticker-posts

Rumah Banjir Paras Air Naik Sampai Hidung Tapi Sejadah & Al Quran Masih Kering & Tak Terusik

 


Baru-baru ini viral satu video di media sosial, memaparkan sebuah rumah yang dimasuki air banjir, namun apa yang mengejutkan apabila sehelai sejadah yang berada di dalam rumah tersebut tidak terkena air langsung. Subhanallah!


Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kawasan perumahan di Taman Aman, Kota Tinggi, Johor yang mula dinaiki air pada awal pagi Rabu


Nur Hidayah, 28, memberitahu, dia telah dimaklumkan oleh jiran bahawa air banjir telah mencecah paras pinggang pada jam 3.30 pagi dan kemudiannya surut kira-kira jam 4 petang yang membolehkan mereka untuk masuk untuk melihat keadaan dalam rumah.


“Masa masuk rumah tu keadaan memang berlecak penuh dengan lumpur. Tiba-tiba suami panggil untuk tengok ruang solat di tingkat bawah dan sejadah kering tanpa sedikit pun terkena air banjir mahupun kesan lumpur,” katanya.



Menurut Hidayah, ruang solat itu terletak di antara dapur dan tangga untuk naik ke tingkat atas rumah yang disewa sejak dua tahun lalu.


Selain itu, alas sejadah dan al-Quran yang ditempatkan di ruang solat tersebut turut kering tanpa kesan lumpur walaupun rumahnya ditenggelami air banjir.


Dia tidak pernah menyangka kejadian luar biasa yang membabitkan sehelai sejadah dan senaskah al-Quran itu berlaku di rumah sewanya.


Masyallah, mungkin ini juga satu peringatan buat kita semua untuk sentiasa mengingati kekuasaanNya.



sumber: mstar

Post a Comment

0 Comments